Peredaran masa melekakan kita. Kita ingin mencapai kemajuan dengan apa
cara sekali pun. Zaman demi zaman telah berlalu dan kini telah lebih
500 tahun tamadun manusia wujud di gagasan kepulauan ini. Kegemilangan
tamadun telah muncul, tenggelam dan muncul kembali. Kehidupan semakin
lama semakin senang, dengan peralatan moden untuk menolong dalam segala
apa pekerjaan sekalipun. Zaman industri telah lepas dan kini zaman
informasi teknologi berkembang dengan pesatnya. Segala perkara menjadi
cepat dan mudah, perjalanan di antara benua pun hanya mengambil masa
berjam-jam sekarang ini berbanding berbulan-bulan kurang dari seratus
tahun dahulu. Apakah kita telah mencapai kemajuan dan kesenangan yang
diimpikan setiap insan?
Jika kita lihat kembali, di celah-celah kegemilangan yang dibanggakan,
terdapat calitan hitam yang dikaburkan dengan pelbagai perhiasan dan
cahaya yang melekakan. Kegagalan sebilangan kecil kelompok masyarakat
yang menjadi semakin parah dan berat. Ketagihan dadah dan ketagihan
wang ringgit. Kejadian rompakan dan permainan hutang. Kezaliman majikan
dan kezaliman terhadap diri sendiri. Pengagungan logik dan penekanan
emosi. Adakah ini semua kemajuan? Bukankah ini semua menjadikan hidup
kita seksa dan merana?
Mungkin ada di antara kita yang sedar masalah sebenar yang menyebabkan
ramai individu terseksa di dalam kesenangan. Mungkin ada yang dapat
melihat belenggu yang mengikat ramai di antara kita. Ada yang mula
mencari maksud di sebalik masalah yang menghantui diri sendiri. Maksud
di sebalik kesengsaraan yang berganding dengan kesenangan zaman ini.
Ya, kalau ada di antara anda yang perasan, ini adalah berkenaan sifat
semulajadi semua di antara kita, sifat ingin mengenal diri dan
mengetahui maksud kehidupan. Keadaan di mana kita tertanya-tanya apakah
maksud hidup kita ini, mengapakah status sosial kita terletak di
tahap-tahap tertentu dan bukan berada pada tahap yang lain... Sifat
inilah yang menjadikan segala kesenangan yang kita kecapi seperti
hampas yang berselerak tanpa tujuan. Sifat ingin mengetahui maksud diri
dan maksud sebenar kehidupan ini.
Mungkin pengetahuan tentang perilaku hati nurani dan kesihatan emosi
kurang didalami oleh ahli fikir selama ini tetapi sekarang bermula satu
aliran baru di dalam pemikiran moden. Aliran ini mementingkan kesedaran
hati, kesedaran emosi, pemahaman perilaku diri selain dari logik minda
sahaja. Dari kepandaian fikiran, IQ kepada pengamatan emosi, EQ. Dari
pengamatan emosi kepada kefahaman spiritual, SQ. Dari kefahaman
spiritual kepada perkembangan diri yang sebenar.
Kami di sini menggalakkan perkembangan diri yang sebenar. Arena fizikal
yakni material, perkembangan minda menyeluruh yakni holistic,
pertumbuhan emosi sihat yang tidak menekan sebarang perasaan yang wujud
tetapi menyalurkannya melalui jalan yang betul sehingga kebebasan emosi
yang sebenar tercapai.
Inilah yang kami ingin membawa kepada anda, kebebasan yang sebenar.
Kebebasan daripada sebarang belenggu yang mengikat dan membebankan diri
selama ini. Marilah kita bersama-sama mencapai kegemilangan fikiran dan
kelapangan emosi. Marilah kita menjadi insan yang bebas dalam segala
erti-kata kebebasan.
Ke arah kebebasan sebenar,
Ahmad Hilmi Jaafar
Pengarah Pusat Perkembangan Emosi,
Light of Healing Treatment & Training Center.
--
Seminar Dunia di Sebalik Emosi 26 hb Ogos di Kelana Jaya
Fasilitator anda, Ahmad Hilmi Jaafar , Dr Suriyakhatun Osman
hubungi kami untuk butir lanjut
Tuesday, July 31, 2007
Dunia Sebalik Emosi
Subscribe to:
Posts (Atom)
